Saturday, December 13, 2008

Baja Cacing Tiada Kualiti?

Salam,

Baja Cacing tiada kualiti?

Begitulah yang dikatakan oleh ramai orang termasuk si penjual baja. Ini menyebabkan baja cacing sangat susah untuk dipasarkan secara komersial.

Tiada kualiti sebenarnya bukanlah bermaksud ia lebih inferior kepada baja kimia daripada segala segi. Di dalam menilai sesebuah baja, ada beberapa perkara seperti kandungan Nitrogen, Phosphorus dan Potassium (NPK) yang sangat rendah. Tanpa 3 unsur besar ini maka dikatakan bahawa baja tersebut tidak memberi impak yang besar terutama kepada pertanian berunsurkan hasil buah-buahan dan bunga.

Jika kerajaan negeri atau kerajaan pusat ingin membeli baja untuk tujuan landskap sebagai contoh, tentulah baja memerlukan unsur NPK yang tinggi supaya landskap nampak cantik dengan bunga yang banyak dan tumbuhan yang sihat. Jika tumbuhan saja hidup subur tapi tiada guna, bagaimana baja itu sesuai untuk landskap?

Selagi baja cacing tidak mempunyai NPK yang tinggi, selagi itulah baja cacing kita tidak boleh dijual. TIdak cukup untuk memberi alasan bahawa baja cacing mampu memberikan hasil jangka panjang sedangkan para petani moden ini tidak boleh menunggu begitu lama untuk menghasilkan buah dan bunga.

Persoalannya sekarang, bagaimana untuk meningkatkan NPK baja cacing?

Mungkin anda ada cara-caranya...

Apa kata kongsi idea bernas anda di sini?


8 comments:

Mohamad Saat Sukami said...

Dr,

NPK adalah 3 unsur yang menjadi keutamaan dalam baja kimia. Tapi dalam pertanian organik, tak semestinya begitu. Saya tak mahu bawakan fakta secara detail bagi isu ini, kerana ia akan jadi berjela2 dan banyak jargonnya. Tapi saya nak bagi gambaran begini:

1. Vermikompos adalah apa yang dihasilkan dari sisa buangan cacing tanah + lebihan medium yang direputkan mikrob. Amat sukar bagi kita mencapai nisbah NPK 1:1:1 seperti yang diusahakan di kilang.

2. Jika kita lihat di hutan, apakah jenis baja yang diambil oleh pokok? tentunya humus; bahan organik yang hampir serupa dengan apa yang terdapat dalam vermikompos.

3. Keseimbangan nutrien adalah peranan utama dalam penghasilan sesuatu baja organik termasuk vermikompos. Tumpuan kepada NPK sahaja bermakna kita cuba 'mengabaikan' kepentingan unsur lain. Ini adalah berbeza dengan prinsip 'sustainable agriculture' yang menjadi konsep pertanian organik. Nisbah utama bagi baja organik adalah nisbah C:N iaitu sebanyak 20:1 - 25:1. Nisbah ini membolehkan tumbuhan menyerap nutrien secara segera. NPK yang tinggi adalah untuk mendapatkan hasil yang segera, walau bagaimanapun hasil tersebut semakin dipandang mengandungi side-effect.

Wallahualam...

cavcite said...

Dr,

Saya salah seorang penternak cacing yang baru berkecimpung dalam dunia penghasilan VC ini..maaflah kalau saya tersilap.tapi NPK 1:1:1 adalah NPk yang biasa diperolehi oleh penternak cacing yang menggunakan medium 8:1:1..Big Hub agrotech di kelantan telah membuktikannya..malah kebanyakkan VC yang dihasilakan menggunakan nisbah tinja yang lebih tinggi berbanding habuk kayu akan mempunyai NPK 1:1:1..sebab nilai N dalam tinja mempengaruhi nisbah NPK akhir.

Baja kimia mempunyai nilai NPK yang lebih tinggi daripada 1:1:1.tapi kalau di thailand,kajian mereka sudah menghasilkan VC dengan nisbah NPK 12:12:12..renungkan..

Kandungan mikrob dan unsur mikronutrien?itu kelebihan utama VC.sekadar pendapat saya yang baru setahun jagung.

Dr Azwan said...

Terima kasih,

Saya ingin tahu apa formula yang digunakan untuk meningkatkan NPK agar setanding dengan baja kimia. Saya faham tentang klebihan mikroorganisme yang baik untuk membantu pertumbuhan pokok. Apakah formulasi yang membolehkan baja cacing meningkatkan NPK sehingga mningkat ke 12:12:12?
Pada pndapat saya mungkin ada pngggunaan bahan kimia tambahan sperti urea dan Potassium Sulfate untuk meningkatkan kadar NPK. Dengan cara ini baja cacing tidak btul2 tulin tetapi mempunyai hasil dan kesan yang lbih baik kepada penghasilan bunga dan buah buahan.

cavcite said...

Salam..maafkan saya..tak semestinya berlaku penambahan bahan kimia lain.kita sendiri tahu pelbagai bahan buangan organik mempunyai nisbah CN ratio yang berbeza-beza.diketahui juga hasil kumuhan cacing meningkatkan kadar NPK dalam bahan buangan organik seperti tinja dan sebagainya.Takkan

Bahan buangan organik yang mempunyai CN ratio yang tinggi boleh digunakan sebagai medium dalam penternakan cacing..hasilnya,kandungan NPK yang tinggi dalam VC yang terhasil.jadi?tepuk dada tanya selera..

Global Excellent Marketing Sdn Bhd said...

salam, weblog kedai cacing di masuk kan dalam direktori pertanian - http://pertanianmalaysia.blogspot.com

Forum Pertanian - www.gem.socialgo.com

dNat said...

Ada baja organik yang boleh diupkan NPK jadi 7-7-7. Jangan anggap bila dah up NPK pada level tu ada penggunaan bahan kimia tambahan. Cuba explore betul2

Dr Azwan said...

Saya ada terjumpa satu company melayu yang menghasilkan NPK setinggi 5.5.5. Tapi lebih dari itu belum jumpa. Lagipun hargaya mahal dan mesti ditempah 3 bulan sebelum tuaian.

Tapi walaupun kita beri 100% tahi lembu pun hasil NPK tetap 1.1.1 kalau daripada borak saya dengan seorang pakar cacing dari Indon. Kalau 5:3:2 pun (tahi lembu: kambing: sawdust) hasilnya dalam 1.1.1 hingga 2.2.2.

Jadi macamana nak menghasilkan 5.5.5 tuh adalah sesuatu yang saya rasa kita kena bincang dan hasilkan untuk maju di dalam industri baja.

dNat said...

Jika dirujuk pada result lab test seorg rakan penternak iaitu Sdr Cucimanja :

Medium yang digunakan adalah campuran SMS ( spent mushroom substrate ) & t.kambing .. sebelum dikomposkan oleh cacing, medium tersebut menghasilkan kandungan NPK sekitar 1.4 : 1.5 : 1.2 ( boleh rujuk keputusan lab test cucimanja )

Adakah baja vermikompos yang dihasilkan dengan medium tersebut akan meningkat kandungan NPK nya ? atau tiada perubahan ? atau kandungan NPK menurun ?

Unsur nitrogen di dalam tinja ternakan seperti tinja lembu + kambing dll adalah unsur yang sgt volatile & mudah hilang terlarut lesap bersama udara atau air .. penggunaan EM & bakteria tertentu + proses pra-kompos yg teliti berupaya membantu menangani situasi tersebut ..